Entri ini adalah berkaitan dengan majikan yang telah mempunyai PERKESO ASSIST bagi syarikat mereka dan ingin daftar pekerja di dalam sistem Assist tersebut. Bagi yang belum berdaftar, perlu membuat proses pendaftaran tersebut terlebih dahulu. Cuma untuk entri ini bukan panduan untuk proses pendaftaran PERKESO ASSIST.
Anda juga diwajibkan untuk daftarkan pekerja anda sebelum memohon untuk PENJANA KERJAYA seperti dinyatakan dalam posting lepas NM : Info Penjanakerjaya bantuan kerajaan kepada majikan dan pekerja yang ingin mencari pekerjaan.
Beberapa manfaat yang perlu anda tahu buat mereka yang mencarum di bawah PERSKESO (www.thevocket.com). Selain ia merupakan suatu kewajipan bagi majikan bagi mendaftar pekerja anda di bawah skim PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Untuk mendaftar secara onlin, PERTAMA, ada boleh layari https://assist.perkeso.gov.my/employer/login.
Kemudian anda perlu masukkan alamat email dan juga password anda yang sah.
Lepas tu anda tekan dropdown arrow My Sites di sebelah atas kanan browser internet anda.

Pilih registration. Dan anda perlu pilih Update di tab seperti di bawah. Pilih pula “Update Add New Employee“.

Kemudian anda akan di bawa ke skrin seperti di bawah. Pilih “Edit” (dalam bulatan)

Terus anda akan berada di halaman seperti di bawah, anda ada dua pilihan, sama ada nak register pekerja tempatan, ataupun pekerja asing dengan memilih ADD EMPLOYEE atau ADD FOREIGN EMPLOYEE untuk pekerja asing.

Selepas itu anda perlu mengisi form secara manual. Dan ada beberapa dokumen penting diperlukan dalam bentuk pdf. Boleh scan terlebih dahulu seperti salinan kad pengenalan, atau salinan passport serta visa sah pekerja asing.
Jangan lupa tekan SUBMIT & SAVE di bahagian bawah paling kanan ya! Kalau tak, segala usaha lelah anda mengisi borang untuk daftar pekerja di bawah PERKESO itu terkubur begitu sahaja (berdasarkan sejarah NM pun terlupa tekan sebelum ni, kacau).
Anda perlu tunggu sehingga pendaftaran anda disahkan oleh pihak PERKESO. Itu sahaja. Selamat mencarum di bawah PERKESO ya!
[…] REGISTER UNDER PORTAL ASSIST PERKESO. Kalau tak anda tak boleh nak submit employee anda dan akan keluar error “Record not found […]
LikeLike