Proses bagi kesalahan jpj roadtax dan insurans mati

Pengalaman kena naik mahkamah atas kesalahan Cukai Jalan(roadtax) mati dan juga ketiadaan insurans bagi sesebuah kenderaan merupakan perkara yang biasa berlaku. Ini adalah kisah tentang proses saman roadtax dan insurans oleh pihak jpj disebabkan telah mati.

Ada kalanya pemilik kenderaan leka dan terlupa dek kerana kesibukan urusan harian. Ada juga sesetengah individu tidak mampu untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans oleh kerana kekangan kewangan tetapi perlu untuk menggunakan kenderaan tersebut untuk urusan harian.

Pelbagai alasan dan musabab yang menyebabkan roadtax dan insurans tidak diperbaharui oleh pemilik kenderaan. Tetapi di sini NM nak berkongsi cara dan susun alur jika anda disaman oleh JPJ atas kesalahan Roadtax tamat tempoh.

Advertisement

https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Secara automatisnya jika anda didapati membawa kenderaan yang telah tamat tempoh cukai jalan oleh abang JPJ, anda juga turut akan dikehendaki ke mahkamah pada tarikh tertentu yang ditetapkan. Walaupun jika roadtax anda tamat tempoh selepas satu hari sahaja! JPJ ada beritahu bahawa ianya adalah suatu kesalahan jenayah jalanraya.

Akta kesalahan jalanraya JPJ roadtax dan insurans mati

Setiap kesalahan yang dilakukan semestinya mempunyai peruntukan di bawah akta tersendiri. Bagi kedua-dua kesalahan ini juga tidak terkecuali mengikut ketetapan berikut :

Kesalahan bagi Insurans mati adalah terletak di bawah Akta Pengangkutan Jalan Seksyen 90(1). Manakala hukuman bagi kesalahan itu terletak di bawah Seksyen 90(2) yang bakal dikenakan hukuman

Seksyen 90(1) memperuntukkan

90. (1) Tertakluk kepada Bahagian ini adalah tidak sah bagi mana-mana orang menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang lain menggunakan sesuatu kenderaan motor melainkan jika ada berkuat kuasa berhubungan dengan penggunaan kenderaan motor itu oleh orang itu atau oleh orang lain tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan, suatu polisi insurans atau apa-apa jaminan berkenaan dengan risiko pihak ketiga yang mematuhi kehendak Bahagian ini.

Bagi kesalahan lesen kenderaan / Roadtax mati pula di bawah seksyen 23(1)

Seksyen 23(1) memperuntukkan

23. (1) Jika mana-mana orang menggunakan sesuatu kenderaan motor semasa tiada berkuat kuasa berkenaan dengannya sesuatu lesen kenderaan motor yang diberi di bawah Akta ini, atau menyebabkan atau membenarkan sesuatu kenderaan motor digunakan sedemikian atau, sebagai pemegang sesuatu lesen perdagangan motor yang diberi di bawah seksyen 22, menggunakan pada bila-bila masa, kenderaan motor yang lebih daripada bilangan yang dibenarkannya menggunakan menurut lesen itu, maka dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit.

Senarai kesalahan dan akta pengangkutan jalan 1987 secara lengkap boleh didapati di https://jpjweb.tripod.com/malay/kuatkuasa04.htm

Semak Secara saman JPJ atau Polis

Ketahuilah kita boleh membuat semakan terhadap saman yang dikeluarkan kepada individu atau sesebuah kenderaan dengan mudah.

Antaranya anda boleh lakukan secara online .

Sms (caj mungkin dikenakan mengikut kadar semasa telco):

1. Saman JPJ


    Boleh semak dengam taip JPJ<>SAMAN<>NO kad Pengenalan atau No Kenderaan.

Contoh JPJ SAMAN 650126055018
atau
Contoh JPJ SAMAN NM1234

Kemudian hantar ke 15888


2. Saman Polis

    Boleh semak dengam taip POLIS<>SAMAN<>NO kad Pengenalan atau No Kenderaan.

Contoh POLIS SAMAN 650126055018
atau
Contoh POLIS SAMAN NM1234

Kemudian hantar ke 15888

Kebiasaannya jawapan akan diberikan dalam tempoh tak lebih 5 minit. Segala detail akan diberikan bersama sms tersebut. Cuma kena ingat, akan dikenakan caj mengikut telco masing-masing.

Bagi NM, kemudahan ini sangat bagus. Semua boleh didapati dari hujung jari sahaja.

Kembali ke Topik Asal tentang Saman JPJ Roadtax dan Insurans Tamat Tempoh (Mati)

Berbalik kepada apa yang perlu anda lakukan adalah, pertama apabila anda perlu menerima surat saman dari JPJ dan akan diminta menandatangani surat saman tersebut. Pemilik juga akan menerima surat saman yang akan dihantar ke rumah jika pemandu adalah individu yang berlainan.

Merupakan sesuatu kesalahan kalau tidak hadir ke mahkamah atas alasan surat tak terima. Jadi hadap je lah.

Setiba di Mahkamah, apa perlu buat?

Katakanlah anda diminta ke Mahkamah majistret bahagian trafik pada 1Jan2020 pada jam 8 pagi, perlu diingat kebiasaanya persidangan akan bermula pada jam 9 pagi. Tiba di mahkamah, anda kena mendaftar di kaunter pendaftaran, anda akan diminta menyerahkan kad pengenalan dan surat saman yang diberi pada anda.

Jika pemilik tidak dapat hadir, boleh wakil?

Antara persoalan yang sering berlaku adakah anda boleh mewakili pemilik (pemilik tak dapat hadir atau malas hadir)?. Jawapannya adalah Ya!, anda boleh mewakili pemilik mengikut pengalaman NM sebelum ini dan juga makluman dari pegawai di mahkamah tersebut. Cuma anda perlu maklumkan kepada kaunter pendaftaran tersebut.

Saat perbicaraan di Mahkamah, bertenang.

Semasa persidangan, akan ramai lah pesalah-pesalah trafik yang akan berada di ruang kamar perbicaraan tu untuk menunggu giliran. Tunggu sehingga nama anda dipanggil.

Di sini anda perlu memberikan segala hujah atau alasan yang anda rasa bersesuaian. Cuma janganlah menipu. Tak elok. Jadi jawab jujur sahaja.

Bagi NM itu akan diputuskan oleh budi bicara pihak Majestret terhadap kesalahan anda.

Berapa denda bagi Kesalahan saman jpj roadtax dan insurans mati?

Sejujurnya persoalan ini sangat-sangat subjektif. NM hanya mampu memberikan panduan setelah dikenakan hukuman sebanyak dua kali bagi kesalahan yang sama.

Ini pengalaman NM. Mungkin berbeza bagi lain orang lain tempat.

Denda yang akan dikenakan. Bagi kesalahan tiada/tamat lesen memandu, minimum RM300 tanpa kompromi.

Untuk kesalahan roadtax dan insurans mati pula biasanya untuk motor dalam rm100 ke rm200 mengikut budi bicara tuan majistret. Jadi kalau dua kesalahan tu dalam RM 300 juga lah. Cuma kalau kereta biasanya RM150 dan RM200. Pandai-pandailah beri sebab dan alasan, tapi sekali lagi NM harap jangan menipu. Dosa.

Dah dapat tahu denda yang telah ditetapkan oleh tuan majistret, anda akan diminta untuk membuat pembayaran, kalau tak bayar kena masuk penjara selama 3 hari.

Advertisement

https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kaedah pembayaran terhadap saman jpj roadtax dan insurans mati di mahkamah Seremban

Pegawai di kaunter pembayaran akan panggil nama mengikut giliran untuk membuat pembayaran. Di mahkamah Seremban 2, kaunter pembayaran tidak akan menerima bayaran secara cash, anda perlu memasukkan ke dalam CDM mesin yang disediakan di perkarangan mahkamah tersebut. Anda juga boleh memilih untuk membuat pembayaran melalui debit kad. Lebih mudah dan cepat. Tiada caj tambahan pun. NM prefer yang ini.

Dah selesai buat bayaran pastikan anda menerima resit dari kaunter tersebut. Selesai! Tahniah kerana anda telah menjadi pesalah trafik yang bertanggungjawab.

Kalau nak renew roadtax mati macam mana pula?

Kes seperti ini agak leceh NM rasa. Kalau mati sebelum setahun, ia mudah untuk diperbaharui di mana-mana cawangan jpj atau pejabat pos berhampiran. Tetapi, lain cerita kalau telah mati lebih setahun, ia memerlukan keperluan tambahan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Kalau dah mati lebih setahun, kita perlu membuat pemeriksaan di PUSPAKOM terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memastikan keadaan kenderaan anda masih elok dan tiada sebarang modifikasi dilakukan terhadap kenderaan tersebut yang melanggar spesifikasi standard penguatkuasaan.

Spesifikasi standard yang dimaksudkan termasuklah cermin tinted. Cabut dahulu ya. Kang gagal pula.

Selain itu, jika nak elakkan dari kena saman ketika dalam perjalanan ke PUSPAKOM, anda boleh mohon untuk permit perjalanan sementara di cawangan JPJ. Ia nampak remeh, tetapi kalau anda terkono, jumpo pulak Roadblock, dah kena balik ke mahkamah sekali lagi. Torbang laie ratuih ratuih (terbang lagi ratusan ringgit)

Borang untuk permit ini DOWNLOAD SINI BORANG (K12).

borang k12 jpj
contoh borang K12 JPJ

untuk lebih detail : https://www.getdrivemark.com/my/roadtax-mati-lebih-setahun-5-perkara-kena-buat/

57 comments

  1. Assalamualaikum, saman atas ic anak saya dan naik mahkamah atas kesalahan tiada insurans dan roadtax. anak saya dah bayar saman tersebut di mahkamah. masalahnya, waktu kejadian saman itu dikeluarkan nama pemilik kenderaan itu masih belum tukar. tapi sekarang dah tukar. tapi pemilik lama tu kata dia pun naik mahkamah hari yg sama dan kena bayar saman juga. soalan saya, boleh kah bayaran dibuat oleh dua org untuk kesalahan yg sama , tarikh yg sama, jam yg sama. ada sesapa yg arif atau tahu pasal kes ni ?

    Like

    • Waalaikumussalam, antara proses yang perlu dilakukan apabila saman jpj bagi kesalahan tiada roadtax dan insurans, bukan hanya pemandu, pemilik juga perlu hadir ke mahkamah pada hari dan waktu yang sama. Melainkan pesalah memohon untuk menangguhkan perbicaraan mahkamah. Pesalah akan dikenakan denda akibat membawa kenderaan tanpa roadtax dan insurans, manakala pemilik didena akibat membenarkan pemandu tersebut memandu kenderaan yg tiada roadtax dan insuran. Harap jawapan ini membantu puan.

      Like

  2. bang saye nak tanye kalau saye kena saman sebab roadtax mati dan insurans takde motosikal, kalau saye tk bayar jadi macam mana ye ? lesen p saye dah ada dan pemilik motosikal tu bukan saya punya

    Like

      • sorry saya ingin bertanya lagi, bolehkah saya membayar saman dekat online je contoh mcm myeg? sedangkan dekat surat saman itu suruh saya pergi mahkamah.

        Like

      • Secara normal, Saman yang dikeluarkan jpj atas kesalahan mati roadtax atau insurans perlu pergi ke mahkamah yg ditetapkan. Sebab ia jatuh dibawah kesalahan jenayah.

        Like

  3. Assalamualaikum. saya hendak bertanya.
    1. Kawan saya tidak boleh perbaharui lesen memandu disebabkan terdapat saman dalam sistem JPJ. Dalam notis saman…Jenis Kesalahan adalah lesen kenderaan motor yang telah tamat tempoh. Bermaksud hanya kesalahan tersebut sahaja ya? tidak akan disabitkan kesalahan lain lah ye sebab insurans kereta pun mati tetapi tidak di tulis dalam notis saman tu.
    2. Kenderaan adalah kereta. Jadi berapa maksimum bayaran denda bagi kesalahan tersebut? sebab kaunter JPJ tu maklum minimum RM1500 dan maksimum RM3000. Saman tu pada Ogos 2019.
    3. Saman tersebut dikeluarkan kepada kawan saya. Saya sebagai pemilik kereta tidak mendapat apa2 notis atau maklumat berkenaan saman tersebut. Saya masih boleh perbaharui lesen memandu dan roadtax dan juga insuran kereta. Jadi saya tiada kaitan lah ya dengan saman keatas kawan saya itu?
    Terima Kasih atas penerangan Tuan

    Like

    • Waalaikumussalam, NM akan jawab berdasarkan kapsiti NM melalui pengalaman sahaja. Untuk pengesahan boleh dapatkan dari jabatan JPJ atau peguam yang lebih arif.
      1. Dari segi notis tersebut kesalahan tiada roadtax atau insurans tidak dinyatakan. Hanya melibatkan lesen mati. Kesalahan tersebut jatuh di bawah seksyen 26(1) yang boleh dikenakan kompaun maksima rm300. Tidak perlu hadir ke mahkamah. Hanya perlu selesaikan dengan ke kaunter jpj.
      2. Boleh semak kesalahan di bawah seksyen mana. Sebab maksima kompaun untuk kesalahan lesen mati adalah rm300, juga boleh dapatkan pengesahan dari yang lebih arif.
      3. Ya, kalau tiada sebarang notis atau makluman dari sistem jpj, anda tidak terlibat di atas kesalahan dibincangkan. Cuma NM nasihatkan elakkan memberi pengguna yang tidak ada lesen/lesen mati membawa kenderaan anda. Kalau apa-apa jadi sendiri itu risiko pada tuan.

      Harap membantu. 😁

      Like

      • Salam bang nak bertya saye baru kene saman jpj saye naik moto sepupu roxtek mti 4tahun insuran xde lesen tak ada. Adakah kedua pihat kene hadir ke makhmah berpa kos bayaran semua ye

        Like

  4. Maaf Tuan NM. Kes Kawan saya tu…Lesen Kederaan Mati / Roadtax mati. Kawan saya diberikan notis saman sebab bawa kenderaan roadtax mati. Lesen memandu semasa tu masih hidup.
    Untuk pertanyaan Bilangan 1, 2, dan 3 tu masih perkara sama iaitu berkenaan Saman Roadtax mati.
    Notis saman…Jenis Kesalahan adalah lesen kenderaan motor yang telah tamat tempoh. Bukan berkenaan Lesen Memandu.
    Mohon pencerahan dari Tuan

    Like

    • I see.. salah faham, ingat lesen memandu tadi. Kalau kesalahan roadtax/lesen kenderaan memang pemandu dan owner sepatutnya kena. Ini pegawai jpj sendiri yang maklumkan. Berkaitan kes tuan ni agak unik, tapi tak mustahil.

      Bagi NM, selagi nama tuan tak ada dalam sistem JPJ atas kesalahan tersebut, tuan boleh abaikan dan teruskan hidup seperti biasa.

      Sekali lagi NM tegaskan, NM hanya beri pendapat berdasarkan pengalaman NM sendiri. Untuk kepastian boleh semak dengan jabatan yang berkaitan.

      Like

      • Terima Kasih Tuan NM. Cuma untuk soalan ini

        Kawan saya sudah bertanya di kaunter JPJ berkenaan Saman Roadtax mati tersebut. Kaunter JPJ tu maklum minimum RM1500 dan maksimum RM3000. KENDERAAN ADALAH KERETA. Saman ROADTAX MATI tu pada Ogos 2019. Betul ke julat bayaran denda sebanyak tu? sebab dari malumat/pengalaman yang Tuan NM kongsi kan dalam artikel penulisan di atas nilai bayaran jauh lebih rendah. Musykil pula jawapan oleh kakitangan JPJ di kaunter tu.

        Mohon kongsi jawapan/ilmu/pengalaman yg Tuan NM tahu. Terima Kasih Tuan NM

        Like

      • Uish.. sepanjang dua kali masuk mahkamah atas kesalahan roadtax mati, tak pernah lagi tuan majestret tu kenakan denda sampai rm1500 bagi pemandu kereta.

        Tapi, itu tahun 2019 lah, tak pasti peraturan baru atau denda baru dikuatkuasakan lepas dari tu.

        Like

  5. Assalam NM, saya nak bertanya saya ada terkena saman JPJ ke atas motorsikal saya. Saman yang dikeluarkan ialah Roadtax tamat tempoh dan Tidak mempunyai insuran. Sudah pastinya saya akan naik ke makhamah. Bolehkah saya bertanya berapakah harga maksimum untuk saman ini kerana saya perlu menyediakan bajet huhu.

    Like

    • Kalau kesalahan motor.. kebiasaanya 1 kesalahan rm150 ke rm300. Tapi kalau pandai ngayat tn majestret, dapatlah rm100… apa apa pun standby je lebih sikit. Dalam 1k. NM dua kali, first time kena rm200 utk satu kesalahan, so js rm400, kali ke dua NM kena rm100 dan rm150..

      Like

  6. Assalamualaikum Tuan NM. Kawan saya baru sahaja naik ke Mahkamah awal bulan September berkenaan Saman Roadtax mati sahaja (kereta). Dikenakan denda RM400. Selalunya kena denda maksimum RM850. Sekadar berkongsi maklumat.

    Like

    • Terima kasih byk2 atas perkongsian tuan, ya tuan. Saman bg kesalahan kereta memang lebih tinggi berbanding motor, lori pulak lagi tinggi dari kereta. NM kena motor rm250, 2nd time kereta rm350 (majistret baik hati). Itu yg NM perhatikan pada setiap keputusan majistret. Apa apa pun tahniah kepada kawan tuan kerana telah menjadi warga pesalah yang bertanggungjawab. Hehe.

      Like

  7. Assalammualaikum NM,esok saya naik mahkamah atas kesalahan roadtax motosikal mati..tapi saya Ade 2 saman itu pun dah 8 tahun yang lalu.. Saya nak mintak pandangan NM kalau kes tu sangat lama adakah nilai denda dia Akan jadi tinggi?sebab bajet x berapa banyak..

    Like

    • Confirmkan ke mahkamah adalah sebab roadtax, ataupun kes saman. Kalau sebab roadtax, saman lama tu tiada kaitan.

      Like

  8. Aslm admin.sy kne saman kete roadtax n insurans mati.pemilik ayah sy tp sy pemandu.andai kata hakim menjatuhkan rm200 utk dua kesalahan.adakah sy harus byr rm200 dan ayah sy rm200 atau bgaimana?

    Liked by 1 person

    • Pemilik dan pemandu masing masing akan kena mengikut denda masing masing. Contoh pemilik kena rm200 utk kedua dua kesalahan roadtax dan insurans mati, pemandu kena rm300. Jadi total rm500 yang perlu dibayar oleh tuan. Masa pendaftaran, maklumkan pada pegawai pendaftar yang anda mewakili ayah anda jika beliau tidak dapat hadir. Boleh.

      Like

      • salam, tumpang tanya ya. saya kena saman untuk lesen, insuran dan roadtax mati. kereta under nama ibu saya. jikalau ibu saya tidak dapat hadir sekali bersama saya ke mahkamah diatas masalah kesihatan bagaimana ya? bolehkah saya mewakili ibu saya?

        Like

      • Wsalam, NM dimaklumkan oleh pegawai mahkamah tu memang boleh tuan, tapi perlu maklumkan semasa buat pendaftaran di kaunter pendaftaran tu ya.. 2 kali dah NM kena pergi mahkamah sebab kesalahan sama, dan dua kali owner tak datang, NM jadi wakil. Maknanya NM ni antara penjenayah jalanraya yang tegar. No more for the third time please. 😅

        Like

      • Saya minggu depan 11/11 nak ke makhamah petaling utk kesalahan xde rtax dan insurance .. Pemilik motor saya,pemandu suami

        Agak berdebar juga takut saman dikenakan tinggi.. Kami plan akan naik makhamah dua2 org..agak tuan NM bpe anggaran dikenakan? Skrg da la covid ekonomi xtentu..😅 lg skrg sy tgh mengandung dan baby bakal lahir bulan 12..huhu

        Like

      • Kalau di mahkamah majestret seremban, 2 kali NM wakilkan pemilik.. untuk motor, kesalahan yang NM kena adalah rm350 untuk kedua kedua kesalahan. NM saran bawak lebih sikit dalam rm1000 sebagai standby, bimbang tak bayar boleh dikenakan penjara 3 hari(ikut pertimbangan mahkamah).

        Nnt rayu juga pd majistret untuk diringankan. Semoga dipermudahkan urusan puan dan kelahiran baby baru nanti.

        Like

      • Assalam admin. Kawan saya ada kena naik mahkamah – tiada cdl, lkm tamat tempoh dan tiada insurans (motosikal). Boleh ke saya mewakili dia untuk dibicara di mahkamah? Kalau boleh, macam mana nak cakap dengan tuan majistret? Contoh saya mengaku bersalah/saya ingin merayu atau oks mengaku bersalah/oks ingin merayu atau mcm mana? Tq

        Like

  9. Assalamualaikum tuan NM..saya baru mendapat saman dari jpj yang mengatakan saya perlu naik mahkamah atas kesalahan roadtax dan insuran motor Tamat tempoh.

    Boleh saya bertanya berapa kadar pembayaran untuk pemandu dan pemilik kenderaan akan dikenakan??

    Bagaimana jikalau pemilik kenderaan tidak dapat menghadir sekali ke mahkamah ??

    Like

    • Waalaikumussalam tuan, berapa kadar tu bergantungn kepada budi bicara tuan majistret. Untuk kesalahan NM yang lepas, kena denda rm300 setiap seorang bagi kedua-dua kesalahan. Jadi total untuk kesalahan tersebut dalam rm600.

      Cuma NM nasihatkan untuk bawa duit lebih sikit, kerana jika anda tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk membayar denda, anda akan dikenakan penjara selama 3 hari.

      Bagi persoalan bolehkah pemilik kenderaan tidak hadir, jawapan NM berdasarkan pegawai mahkamah di Seremban 2 semasa perbicaraan NM, dibolehkan. Bahkan NM telah mewakili pemandu bagi kesalahan yang sama sebanyak dua kali.

      Oleh itu, NM adalah penjenayah trafik yang tegar. Jangan ikut perangai NM.

      Like

  10. Salam,saya kene saman atas kesalahan rotex mati, so boleh bayar kompaun ke? ke terus naik mahkamah…saya bawak moto pergi sekolah kene tahan dengan polis…

    Like

  11. Saya baru kena saman sbb tiada roadtax & insurans kereta. Tapi yg sebebarnya roadtax shj yg dah mati, sdgkan insurans masih hidup. Apa perlu saya buat..? 🤔 Dan agak2 berapa denda yg akan dikenakan..? TQ

    Like

    • Cuba tuan refer pada surat saman yang dikeluarkan. Dia akan mention sama ada kena pergi mahkamah atau tak. Kalau macam tu, tuan hanya akan dikenakan satu kesalahan sahaja. Apa apa pun pandukan pada surat saman. Roadtax mati, insuran ada, itu biasa, roadtax hidup, insuran mati, itu luar biasa. 😁

      NM dulu kena rm150 utk motor bagi satu kesalahan(motor).

      Yang kali ke dua NM kena rm200 untuk satu kesalahan untuk kereta.

      Like

      • Dlm surat saman tu suruh pi mahkamah. Tapi sblm tu adakah patut saya pi JPJ utk maklumkan kesalahan yg ditulis oleh petugas JPJ tu.. Sepatutnya 1 kesalahan saja bukan 2…? 🤔

        Like

      • Boleh tanya tentang itu pd JPJ, tapi NM rasa dia akan minta pergi juga mahkamah tu jugak. Sebab semasa perbicaraan di mahkamah sebelum ni, ada seseorang yang ada masalah yang sama, dia siap bawa bukti ke sana bahawa insurans dia masih hidup sewaktu kejadian. Dan Tuan majistret bersetuju untuk satu kesalahan sahaja.

        Apa apa pun why not try tnya jpj. Worth a try.

        Like

      • Tuan,saya ada soalan ..petang tadi saya telah disaman pihak JPJ atas kesalahan rotex dan insuran dah mati selama 2 tahun,motosikal yang paka tu owner dah meningal 3 tahun yang lepas,macam mana pulak yer?

        Like

  12. Salam..Saya kena saman road tax n insuran motor tamat tempoh pd tahun 2017..sy meminjam motor kawan sy..saya kena saman pemilik mtor pun kena saman.Berapa anggaran denda utk sy dan kawan sy sekali..Adakah saman 2017 akan naik klu sy tak bayar??

    Like

  13. salam tuan…
    nk tanya, kalau kereta tamat insuran and roadtax… tiba2 accident, mcm mana nak buat klau nk bagi total lost terus? btw, accident sndiri

    Like

  14. Assalamualaikum NM, maaf nak bertanya ada sedikit kekeliruan. Mgkin NM blh membantu.

    sy disaman kerana roadtax dan insurans mati (kereta bkn milik saya, milik bapa). Soalan sy, hanya 2 saman je kan? Atau bapa sy juga akan disaman atas sebab sama / sebab membenarkan kenderaan dibawa tanpa roadtax dan insurans? Total akan jadi 4 saman. Mcmtu ke? Sy tgh keliru. Bapa ke JPJ, dan pegawai kata bapa kena 2 saman yg sama juga. Sedangkan sy diberitahu oleh pegawai yg menyaman saya, hanya 2saman yg perlu dibayar.

    Like

    • Waalaikumussalam Nuraqira, NM rasa pegawai Saman tersilap maklum atau ada silap faham, kebiasaannya memang kedua dua pihak sama ada pemandu atau pemilik(jika individu berlainan) akan dikenakan saman dan perlu hadir ke mahkamah bagi kesalahan yg berlaku di atas.

      Like

  15. Assalam,
    Sy cuma nak tanya kalau disaman oleh JPJ atas kesalahan roadtax mati,memang kena naik mahkamah kat tempat saya kena saman atau boleh ubah ke mahkamah ditempat lain?ataupun blh disettlekan di kaunter JPJ? Saman tu saman tahun 2009.

    Like

    • Wssalam tuan Hafidz,
      Setakat ni setiap kesalahan trafik akan dibicarakan di mana tempat anda membuat kesalahan. Mungkin tuan boleh refer pada mahkamah / peguam tentang perkara ini. Sebab NM pernah juga terdengar tentang kes di pindahkan, sejauh mana kebenaran berita tersebut, perlu refer pada yg lebih arif

      Like

      • asalamualaikum, mggu dpn sy kene naik mahkamah atas ksalahan roktex dan insuran tmt tempoh, tapi ni saman tahun 2015, sy dpt tahu ade saman pon sbb nak ambil ujian lesen memandu xlepas sbb dinyatakn nama sy blacklist , berapa sy kene standby utk ksalahan trsebut? utk makluman, kenderaan adelah atas nama ibu sy, saman dikeluarkan ke atas nama sy dan juga ibu,, tp naik mahkamah nanti sy wakil kan ibu sy,utk pengetahuan jgk,atas kesalahan disaman tersebut, xpernah surat sampai dirumah,

        Like

      • SalaM..saya nk tanya berapa harga saman untuk tidak memakai topi.keledar…tiada lesen..tiada insuran…saya kene saman 4 bulan 5 nanti naik mahkamah

        Like

  16. salam tuan saya kena saman jpj dan kes perlu settle di mahkamah. boleh ke saya buat lesen? nama saya dikira blacklist ke? tapi check dalam sistem tiada blaklist

    Like

    • Biasanya kalau saman dari jpj memang konfem akan diblacklist lebih lagi kalau kesalahan berat yang melibatkan kes mahkamah macam lesen mati, roadtax mati ataupun tak pakai tali keselamatan. Maybe dalam sistem tak update, apa2 pun tuan boleh cuba pergi renew. Kalau lepas alhamdulillah, kalau tak lepas kena bagi setel dulu di mahkamah.

      Like

  17. Aslm tuan nak tanya kalau roadtax dan insuran mati (motor) saman atas nama saya tapi motor atas nama kakak dia jauh tkleh dtg mcm mana ye?

    Like

    • Wslm, kalau di Seremban sebelum ni pegawainya maklumkan boleh jadi wakil untuk kedua dua bagi pemilik dan pesalah. Boleh confirmkan di mahkamah yang puan dikehendaki untuk hadir.

      Like

      • ohh terimaksih satu lagi nak tanya ikut tarikh yg mana ye nak naik mahkahamh tu sbb check saman online tarikh lain dekat kertas saman tarikh lain check saman online ic kakak tarikh lain saya takpaham firsttime kena saman macam mana ye nak ikut tarikh mana ye

        Like

      • Alamak, NM pun tak pasti kes macam ni sebab belum pernah alami perbezaan tarikh pesalah dan pemilik. Dua kali NM kena saman, dua2nya adalah tarikh yang sama. Mungkin puan datang pada tarikh yang lebih awal untuk dapatkan kepastian di mahkamah nanti.

        Like

  18. Assalamualaikum tuan nk tnya….kalau tngk seksyen 90(1) oks boleh dihukum gantung lesen memandu 12 bulan….kalau kesalahan pertama kali boleh digantung lesen x?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.