Info Penjanakerjaya bantuan kerajaan kepada majikan dan pekerja yang ingin mencari pekerjaan

Artikel kali ini NM akan bicarakan satu lagi insentif yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia pada 13 Julai 2020 bagi membantu majikan dan rakyat menghadapi covid 19 yang tidak tahu bila akan surut.

Bantuan yang dinyatakan adalah Penjana Kerjaya yang dikendalikan oleh Perkeso. Bantuan ini bakal memberi manfaat kepada majikan yang ingin menggajikan pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang menganggur dan dibuang kerja.

Terdapat 4 kategori dan jumlah bantuan yang akan diberikan. Yang pertama adalah di bawah MyApprentice. NM pernah membuat proses pengambilan pekerja (fresh grade) untuk diletakkan di bawah MyApprentice. Ternyata kategori ini bukan lah untuk fresh graduate, tetapi kepada lepasan pelajar di bawah program yang disediakan kerajaan. Bantuan ini berjumlah sebanyak RM600 sebulan selama maksimum 6 bulan.

Untuk kategori yang kedua adalah, bawah umur 40 tahun yang menganggur atau dibuang kerja. Golongan ini akan diberikan bantuan sebanyak RM800 sebulan selama 6 bulan.

Kategori yang ketiga adalah atas umur 40 tahun. Golongan ini akan diberikan bantuan sebanyak RM 1,000 sebulan selama 6 bulan.

Golongan terakhir adalah golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Jika diambil bekerja di dalam golongan ini akan menerima bantuan RM 1,000.

Selain itu, bantuan mobility one off rm300 bagi mereka yang mendapatkan pekerjaan lebih 100km dari tempat tinggal asal.

Infomasi Penting

Terdapat beberapa syarat yang perlu anda tahu untuk melayakkan diri mendapat bantuan penjanakerjaya ini.

  • Diambil bekerja selepas 30 Jun 2020
  • Permohonan terakhir pada 31 Disember 2020.
  • Perlu register di bawah myfuturejob.gov.my (kedua dua majikan dan pekerja)
  • Perlu lah samada menganggur atau pun diberhentikan (bukan aktif).
  • PERLU REGISTER UNDER PORTAL ASSIST PERKESO. Kalau tak anda tak boleh nak submit employee anda dan akan keluar error “Record not found (ESD)!” apabila anda masukkan maklumat pekerja yang anda nak digajikan.

Segala info tambahan boleh didapati di:

https://www.perkeso.gov.my/186-penjana/803-program-insentif-pengambilan-pekerja-dan-bantuan-latihan.html

Untuk pekerja register myfuturejobs -candidate register

Untuk majikan register myfuturejobs -employer register

Kalau anda ada ambil pekerja sewaktu tempoh sah ini, boleh lah mohon bantuan penjana kerjaya ini.

P/S : NM dah registerkan 3 orang staf di bawah skim penjana kerjaya, dan dah dapat pun insentif yang disediakan alhamdulillah. Proses dalam 2 minggu. Terima kasih kerajaan Malaysia kerana prihatin. Semoga NM juga dapat beri lebih manfaat.

2 comments

  1. Selamat sejahtera,

    Saya nak tanya sikit, saya dah daftar pekerja di bawah assist.perkeso, dah upload supporting document pekerja pun. Tapi dalam penjanakerjaya juga “Record not in ESD” jugak. Kenapa ye?

    Terima kasih.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.