12 SEBAB PEKERJA TIDAK MAHU MENERIMA PERUBAHAN DALAM SYARIKAT

Terdapat lebih dari 12 sebab kenapa pekerja enggan untuk menerima perubahan dalam sesebuah tempat kerja. Walaubagaimanapun, post ini hanya akan menekankan 12 punca yang merupakan alasan utama kenapa mereka sukar untuk menerima perubahan yang berlaku.

Memang terdapat banyak alasan-alasan yang akan diberikan, namun, punca utama kebiasannya adalah disebabkan cara pengurusan membuat sesuatu perubahan itu terlalu gopoh atau tidak dikaji dengan teliti sebelum melakukanya.

Perubahan itu penting dalam sesuatu bisnes bagi memastikan aliran bisnes berjalan seperti trend semasa yang kini semakin maju dalam teknologi, tetapi bagaimana pengurusan dapat menyesuaikan perubahan ini ke dalam sistem pekerja adalah amat kritikal. Oleh sebab itu, sebagai pekerja, haruslah menerima akan perubahan, jika tidak, kita sendiri akan di tampuk lama dan kekal di tahap itu selamanya. Risiko kepada syarikat juga perlu diambil kira jika tidak membuat perubahan dengan sebetulnya yang akan diambil peluang oleh pesaing bisnes masing-masing.

Adakah biasa pekerja akan menolak akan perubahan?

Tidak mungkin kita akan dapat nafikan, kebanyakan orang akan lebih suka untuk menghadapi kehiudupan yang boleh dikawal dan sama di dalam kehidupan sendiri atau kehidupan dalam bidang pekerjaan masing-masing. Jadi, memang lumrah mereka akan menolak untuk melakukan perubahan bagi disebabkan pelbagai alasan yang mana mungkin akan menganggu kepentingan pada diri, meningkatkan stress, atau apa-apa yang berkaitan dengan risiko. Akan tetapi, ramai juga yang hanya akan memberontak secara senyap-senyap. Itu bahaya dan akan merosakkan kelancaran perubahan yang ingin dilakukan oleh majikan.

Pekerja yang enggan untuk menerima perubahan ini kebiasaannya punyai alasan yang tidak masuk akal. Mereka hanya berpadangan bahawa ianya rasional pada perspektif mereka dan benar akan tindakan tersebut.

Kita akan bincangkan tentang 12 sebab mengapa orang/pekerja sering menolak untuk melakukan perubahan

1. Kehilangan kerja: Ini adalah sebab paling utama dan yang pertama dari 12 sebab kenapa pekerja menolak untuk melakukan perubahan. Dalam sesebuah organisasi, mana-mana proses, kemajuan teknologi, sistem, atau perubahan produk itu sendiri akan berkadar terus dengan perubahan pada kaedah kerja, pekerja lebih mahir, pengurangan kos, lebih efisien, dan juga lebih cepat mendapat pulangan. Jadi, mereka menganggap jika ini berlaku, ia akan menggugat kedudukan di dalam sesebuah organisasi. Perubahan yang berlaku hanya akan berkesan jika kesemua pekerja menerima perubahan ini dengan sepenuh hati dan melakukannya dengan tepat.

Pekerja yang mempunyai keinginan untuk memastikan sesuatu organsasi itu berjaya adalah lebih baik berbanding yang tidak, ini kerana perubahan yang dilakukan mestilah boleh diterima dengan hati yang bulat oleh pekerja tersebut. Pekerja yang tidak gembira akan perubahan ini akan sering merungut dan memberi alasan. Malah perubahan yang berlaku ini akan sering dipersalahkan!

2. Komunikasi yang tidak berkesan: Point yang ke-dua ini juga adalah faktor yang kritikal kenapa pekerja menolak untuk menerima perubahan ini. Sebab? Penggunaan komunikasi yang betul memerlukan perancangan awal dalam fasa perubahan yang ingin dilakukan. Cara berkomunikasi dengan berkesan agar pekerja dapat menerima perubahan yang ingin dilakukan ini perlu dijelaskan dengan sesuai dan berkesan. Antara yang perlu diperjelaskan dengan teliti adalah 5W2H, “What, Why, How, When, Who, What will success will look like, dan How success is going to be measured“.

Kalau pekerja masih tidak mahu memahami tentang kepentingan perubahan, tak boleh nak kata apa lah.. terutama buat mereka yang benar-benar yakin bahawa cara yang lama lebih berkesan… malah terlalu yakin sudah melakukannya dengan betul selama berpuluh tahun! Oleh itu, sangat penting untuk pengurus atasan untuk berkomunikasi dengan lebih awal dan efektif dalam menyampaikan kepentingan perubahan. Ianya akan memberikan impak yang berbeza.

Sentiasa bersedia untuk menerangkan kepada pekerja dan tidak berdiam diri adalah harus dilakukan. Jangan berdiam diri apabila ditanya oleh pekerja yang tidak memahami. Bimbing dan pastikan mereka juga faham. Maklumat yang salah akan menyebabkan komikasi menjadi tidak sampai dan mengelirukan.

3. Ketakutan pada perkara yang tidak pasti: PANIK! dan takut pada sesuatu yang tidak pasti. Itu juga merupakan punca mereka untuk menolak perubahan yang diinginkan. Ketidaktentuan perkara akan datang menyebabkan mereka lebih berharap pada perkara kebiasaan yang mereka lakukan. Ia lebih mudah dijangka dan tidak berada dalam grey area yang menyebabkan mereka sukar merancang atau rasa sukar untuk merancang tugasan.

Bimbingan dari pengurusan amat diperlukan, bukan perkara yang tidak pasti. Sentiasa cakna akan intiusi pekerja yang berkemungkinan sedang dalam dilema.

4. Kehilangan kuasa: Rasa kehilangan kuasa dan kawalan dalam sesuatu pekerjaan juga menyebabkan mereka menolak untuk menerima perubahan ini. Mengarahkan mereka untuk merubah rutin harian cara kerja mereka menimbulkan rasa tidak senang dan keliru. Mereka hanya akan memahami dan akan mematuhi perubahan jika mereka merasakan mereka masih lagi mampu mengawal sesuatu tugasan itu.

Komunikasi masih menjadi key dalam proses ini dan memastikan pekerja tersebut faham bahawa kerjasama dari mereka amat penting. Pekerja juga perlu sentiasa dilibatkan, penglibatan secara sukarela, dapat memberi indikasi bahawa mereka diperlukan dalam perubahan yang berlaku ini.

5. Kurang kemahiran: Perkara ini agak sensitif buat pekerja. Namun, ini adalah keperluan di dalam sesuatu perubahan. Sesuatu perubahan itu kebiasaannya datang sekali dengan keperluan untuk mempunyai skill baru atau lebih mahir bagi menjayakannya. Adakalanya pekerja merasakan mereka tidak mampu untuk memenuhi syarat-syarat tersebut dan menyebabkan mereka merasa rendah diri dan hampa.

Sesetengah juga enggan untuk berubaha bagi mengelakkan dari membuat rutin yang baru, mereka meluahkan rasa tidak mahu untuk belajar perkara baru. Mereka berkata perkara seperti “saya dah buat benda ni lama dah….. “, atau “saya sudah pakar…. bla bla bla”. Pekerja yang suka melawan sudah membuat keputusan untuk tidak berubah dan merasa berat untuk mempelajari perkara yang baru akan menyebabkan kemunduran dalam kemajuan dan adaptasi organisasi untuk berubah. Malah, mereka juga mengkhianati kepada kemajuan mereka sendiri.

6. Masa tidak sesuai: Memperkenalkan sesuatu cara kerja, sistem yang baru di dalam organsasi juga memerlukan pemilihan masa yang sesuai. Di mana waktu itu tiada perkara-perkara besar yang penting sedang berjalan. Ia pasti akan mengundang huru hara jika ianya berlaku.

Pilih waktu yang sesuai, supaya pekerja boleh mengikuti perubahan ini.

7. Kurang/Tiada ganjaran: Sesetengah orang memerlukan dorongan ganjaran sebagai motivasi untuk boost sesuatu tugasan. Tanpa ganjaran, biasanya pekerja akan lemau atau sambil lewa dalam memastikan perubahan mengikut perancangan. Ganjaran boleh diberi dalam bentuk elaun, kenaikan pangkat, gaji, atau apa-apa sahaja yang bersesuaian selagi ia tidak merugikan organisasi dan tidak perlu melibatkan kos yang terlalu tinggi. Pengetahuan pekerja akan ganjaran yang akan diterima akan membuatkan mereka teruja dan kebarangkalian mereka juga akan mendorong rakan-rakan lain untuk memacu bersama ke arah perubahan tersebut. TQ boss !

8. Politik tempat kerja: Setiap organisasi pasti akan mempunyai “politik” sendiri. Di tempat kerja juga tidak terkecuali. Akan ada blok pembangkang dan akan ada “kerajaan”. Oleh itu, pihak pembangkang biasanya akan menjadi barisan yang akan cuba memastikan perubahan ini gagal. Jadilah pembangkang yang bukan secara melulu, jika ianya baik, kenapa perlu bantah!

9. Kehilangan Dokongan: Pekerja-pekerja sudah berada pada tahap comfort zones, berkerja dengan pengurus yang dah kawtim, dan sudah mempunyai sokongan jika berlaku permasalahan pada akan datang. Perubahan yang berlaku ini mungkin menggugat bantuan yang boleh didapati jika mengalami masalah nanti. Mereka juga akan risau akan pengurus baru, dalam kumpulan bekerja yang baru, projek baru yang tidak biasa yang membuatkan mereka berasakan akan gagal, dan tiada bantuan yang boleh diharapkan.

10. Pengalaman lepas: Jika terdapat kegagalan dalam perubahan pada sebelum ini di dalam sesuatu organisasi, di dalam minda mereka akan tertanam dan tesemat bahawa sebarang perubahan yang akan berlaku pada masa akan datang juga akan gagal. Ini normal. Kerana pengalaman lepas menjadi panduan buat mereka. Dan mereka cuba untuk tidak jatuh ke lubang kancil buat kali ke-Dua

Pengurusan pula tidak boleh menyalahkan mereka sepenuhnya. Kekurangan perancangan pada waktu yang lepas mungkin menjadi pemangkin dalam kegagalan tersebut. Oleh itu pihak pengurusan perlu untuk memastikan anak buah mereka faham dan yakin perkara tersebut tidak akan berulang lagi kali ini.

Key utama : Komunikasi yang berkesan !

11. Rasa kasihan pada Rakan Sekerja: Kadangkala perubahan ini bukan hanya melibatkan diri sendiri. Adakalanya disebabkan rasa simpati pada rakan sekerja yang mungkin akan terjejas juga menyebabkan mereka menolak untuk menerima perubahan ini. Mereka cuba untuk melindungi rakan mereka dari terkesan pada perubahan ini.
Pengurus juga mungkin akan menolak apabila anak buahnya juga akan terkesan. Sikap dan tindak tanduk ini akan memberi impak yang negatif kepada kejayaan dalam perubahan.

12. Kurang keyakinan kepada pengurusan: Yang terakhir dari 12 ini adalah kepercayaan. Kepercayaan yang tidak hadir dalam diri pekerja merupakan barah yang tidak mungkin akan dapat membantu proses perubahan ini. Setiap organisasi memerlukan ahli di dalamnya mempunyai keyakinan terhadap mereka. Pengurusan juga perlu memberi layanan yang baik supaya boleh tumbuh tunas kepercayaan tersebut kepada organisasi dan perancangannya. 

Sumber : catherinescareercorner.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.