Penghijrahan adalah sesuatu bentuk perubahan ataupun peralihan kepada sesuatu yang lebih baik. Kalau biasanya kita dengar hijrah adalah salah satu sejarah penting dalam peradaban dan perkembangan agama islam, di mana ia merupakan perintah Allah untuk yang perlu dipatuhi. Tapi NM berhijrah ke ios ni bukanlah sebab perintah Allah, tapi lebih kepada keadaan semasa yang tersilap langkah memaksa untuk NM berhijrah dari android kepada ios.
Dipanggil hijrah terpaksa.
Sama juga dengan konsep ohh sebab nak kawin laki i paksa i pakai tudung. Tak lama lepas tu cabit tudung dah bagi alasan sebab tak selesa/tak kena/tak stylo dan macam-macam alasan lagi kalau nak membenarkan tindakan yang sendiri perlu faham. Siapa anda nak menipu? Orang lain atau diri sendiri?
Berbalik pada topik asal, dalam topik ni NM hanya sekadar nak menceritakan pengalaman NM sepanjang berlaku penghijrahan ini. Sebelum nemiliki, NM memang dah lama mengimpikan memakai iphone di mana rata-rata kenalan NM uar uar kan bahawa iphone kamera lebih better berbanding device lain. Masalahnya NM bukan seorang gila bergambar berbanding orang lain. Malah NM pun tak mampu nak bezakan gambar ni cantik ke tak cantik. Bagi NM gambar adalah kepingan kenangan yang ditangkap bisa diceritakan pada masa akan datang dan dijadikan pengubat kerinduan.
Ada beberapa fungsi dalam ios ni yang NM agak terkejut dan terpinga-pinga. Contoh anda ada dua device ios berbeza, device A tekan copy, anda boleh paste di device B. Pelik. Mungkin ia melibatkan fungsi icloud. Malah ada juga perkara-perkara lain seperti share wifi password dan internet juga boleh dilakukan dengan mudah antara dua device. Salah satu yang NM terexplored setelah 6 tahun penggunaan. Apa lagi agaknya yang NM belum temui.
NM sekarang user iphone 14 plus, tak mampu nak lebih-lebih dan bersyukur ada kemampuan miliki telefon. Apa sahaja yang anda miliki, syukurilah sebab tu kunci kebahagiaan. Susah? Paksalah.. hidup ini cuma sementara
Ringkas sahaja perkongsian NM, tiba-tiba orang panggil ajak keluar beraya musim ni. Kalau kesempatan NM tambah lagi point-point dalam posting ni.