Dapat surat lawyer nak saman sebab caruman kwsp tertunggak?

Sewaktu zaman PKP sebelum ni NM percaya banyak entiti bisnes yang masih terkesan. Kebetulan rakan NM ada masalah juga bab pembayaran caruman ni menyebabkan beliau menerima surat saman dari KWSP yang membolehkan beliau didakwa.

Jadi dia ajak NM untuk sama-sama pergi ke cawangan KWSP negeri di bawah unit pematuhan litigasi di Seremban.

Antara dokumen yang diperlukan hanya surat rayuan yang mengatakan tempoh cadangan bayaran serta salinan bank statement syarikat selama 3 bulan.

Antara info penting yang perlu anda tahu berdasarkan perbincangan rakan NM dan pegawai KWSP berkenaan adalah, untuk mengelakkan diteruskan tindakan saman, anda perlu menyelesaikan dalam tempoh 3 bulan.

Tetapi sekiranya anda tak kisah diteruskan kes dan ingin membuat pembayaran mengikut kemampuan, anda boleh apply up to 1 tahun.

Kemudian pegawai terbabit akan mengadakan mesyuarat dan jawapan akan diberikan melalui surat ke alamat berdaftar anda ya.

Satu pengalaman yang menarik buat NM dapat info dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya anda mendapat surat tindakan dari pihak lawyer lantikan KWSP.

Apa pun elakkan culas dalam membayar caruman untuk tidak terjebak dalam kes ini. Apa-apa pun bincang bersama pihak KWSP sekiranya anda mengalami kesulitan. Semoga dipermudahkan urusan rakan NM tersebut.

Out

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.