Kalau sebelum ni NM pernah bercerita tentang tatacara dan perjalanan pembaharuan visa spouse sewaktu PKP, kini NM akan berkongsi pengalaman pembaharuan Visa Spouse selepas PKP di Imigresen Shah Alam Selangor. Kalau sebelum ni kita perlu buat appointment sewaktu musim PKP. kini tidak perlu lagi. Sekarang semuanya boleh dilakukan secara online
Artiket terdahulu : memohon visa lanjutan spouse dan kebenaran bekerja ketika musim pkp mco pkpb di jabatan imigresen shah alam
Kini anda perlu melakukan segala permohonan melalui online terlebih dahulu di laman rasmi imigresen eLPSI. Laman web anda boleh ke https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPlsPlk?PW
Sebelum tu anda perlu ada borang IMM55 yang mana boleh download di laman rasmi ataupun boleh tekan link direct download.

Kena isi borang di atas ni kemudian nanti scan untuk upload dalam elpsi imigiresen semasa apply renewal nanti
Akan ada 4 borang atau dokumen salinan yang diperlukan untuk tujuan renewal ni
- Salinan passport pemohon
- Borang imm55
- Surat akuan sumpah bercop (borang seperti dibawah)
- Salinan sijil perkahwinan

Dah standby semua dokumen di atas, anda boleh ke laman rasmi elpsi.
Anda perlu register dahulu jika anda belum pernah register sebelum ni. Info yang diperlukan adalah info suami dan isteri serta email yang akan digunakan.
Selepas itu email pengesahan bersama password sementara akan dihantar ke email yang anda telah masukkan. Anda boleh tukar password email kemudian.
Gunakan password dan id anda untuk login, di dalamnya anda tekan tab application. Kemudian ada 3 pilihan, ambil yang renewal visa.
Dan segala maklumat perlu dimasukkan.
Anda juga dikehendaki untuk memasukkan cawangan yang anda nak collect/tampal stiker di pusat imigiresen yang disenaraikan mengikut kemudahan anda.
Nak lebih lanjut boleh refer manual ini : Manual eLPSI
Jawapan akan diberikan dalam tempoh paling cepat 3 hari melalui email atau portal elpsi. Jika gagal anda kena submit secara manual di pejabat negeri. Jika berjaya anda dikehendaki membuat bayaran secara online melalui portal elpsi tersebut.
Kemudian anda akan diminta utk pergi ke pejabat imigresen yang dah anda pilih bersama salinan resit. Dokumen dokumen asli lain lain juga perlu dibawa bersama termasuk borang imm55 dan surat akuan.
Itu sahaja sayonara, NM out!