Baru ini orang rumah NM ada masalah pada MyKad beliau. Kad yang tak pernah tukar sejak zaman sekolah telah mengalami kerosakan. Kalau ikut kebiasaan, kita akan ke kaunter JPN dan perlu berurusan selama beberapa jam. Tapi NM jumpa kaedah baharu yang memudahkan supaya tidak perlu menunggu lama di sana. Dengan wujudnya perkhidmatan gantian secara online memang agak membantu.
Apa yang anda perlu buat hanya perlu layari portal rasmi JPN itu sendiri di https://gantianmykad.jpn.gov.my/.
Cuma waktu operasi online hanya boleh dilakukan pada waktu bekerja iaitu isnin hingga jumaat dari jam 8 pagi sehingga 4.30 petang. Waktu cuti umum juga ditutup.

Walaubagaimanapun anda perlu mendaftar dahulu sebelum boleh melalukan urusan di sana. Ia hanya memerlukan nombor kad pengenalan, email yang sah dan nombor telefon anda.
Selepas mendaftar, anda perlu masukkan alasan gantian dan pilihan jabatan yang anda nak ambil. Lebih baik yang berdekatan dengan tempat tinggal ataupun tempat kerja. Tiada kekangan lokasi yang ditetapkan yang seperti pembaharuan visa.
Fi yang dikenakan untuk gantian pula adalah RM10 untuk kes kerosakan. Anda boleh pilih samada untuk membuat bayaran secara FPX, Visa/Mastercard ataupun bayaran di kaunter.
Nak mudah bayar je melalui FPX nanti di jabatan JPN hanya tinggal nak collect.

Waktu pemprosesan adalah sekitar 3-5 hari waktu bekerja. Waktu pengambilan kad di JPN hanya sekitar 30 minit. Segala infomasi MyKad lama akan digunakan. Tidak perlu sebarang gambar ukuran passport atau salinan ic diperlukan. Hanya perlu bawa MyKad original sahaja.
Mudah betul zaman sekarang nak berurusan. Makin canggih dan memudahkan. Begitulah kita, sentiasa mencari jalan bagi memudahkan orang lain. Nescaya orang akan happy dan kita hidup aman damai. Ah sudah.