Bangi ni NM boleh kata macam-macam jenis makanan boleh dapat di wilayah ni. Makanan jenis Thai, Jepun, Chinese, Indian, Arab dan Korea memang banyak ada di sini. Kira macam Food Heaven lah.
Untuk posting kali ni NM tergerak hati untuk menikmati makanan sejenis Jepun di Restoran Samurai Yakiniku. Pada mula NM ingat Yakiniku ni gabungan perkataan melayu dari kota kasa Yakini dan Ku. Rupanya ternyata sangkaan NM meleset. Ia adalah nama bagi makanan orang Jepun.
Restoran Yakiniku ni terletak di dalam Bangi Gateway seksyen 15 di Bangi. Kalau nak mudah boleh parking di dalam kawasan Bangi Gateway. Nak berjalan jauh pun boleh kalau pilih parking luar Bangi Gateway.
Di sana mereka menyajikan makanan-makanan korea yang lazat-lazat. Kalau tak silap NM cawangan pertama berada di Kota Bharu Kelantan. Jadi sesiapa yang berada di Negeri Kelantan boleh waze sahaja restoran tersebut.

Konsep kedai ni memang ala-ala samurai, dalamnya dipenuhi hiasan Jepun yang simple yet menenangkan.
Yang best di restoran ni anda boleh pilih jenis buffet pada harga serendah rm29 sahaja. Dah yang lebih best anda boleh refill sampai anda muntah.
Dalam pakej buffet ni anda akan dapat sticky rice, isi ayam marinated, misso soup, air kosong, coleslaw, daging untuk grill dan daging untuk celup. Semua ni akan di brief oleh pekerja di sana. Mereka semua sangat supportive dan friendly.

Kalau lihat pada dalam gambar anda akan diberikan tempat grill dan juga tempat untuk anda celup daging. NM tak pasti sup apa dipakai lupa nak tanya. Sos dia pun sedap namati
Selain dari pakej buffet, anda boleh ambil lain-lain ala carte. Tapi NM rasa dah cukup dengan buffet ni kalau nak penuhkan perut. Tapi kalau nak penuhkan halwa perut, anda boleh pilih pakej yang agak costy. Tetapi percayalah amat berbaloi. Perapan dan bahan-bajan yang digunakans sangat hao liow.
Di bawah adalah menu-menu yang NM culik dari buku menu kat restoran Samurai Yakiniku Bangi Gateway ni.








Harga dia taklah harga kayangan, cuma bahan bahan tu memang untuk golongan kayangan. Kalau ada rezeki lebih sikit apa salahnya kan nak merasa salah satu nikmat dunia.
Untuk kanak-kanak tak dikenakan caj, lagi satu kalau ada salah seorang yang ambil pakej buffet, NM difahamkan kesemua perlu ambil pakej buffet. Ni kena dapatkan pengesahan dari pekerja di sana ya.
Jadi untuk ke sana anda boleh waze je atau anda juga boleh booking kalau nak elakkan tak ada meja masa sampai di sana. Jangan kata NM tak bagitahu.
Samurai Yakiniku Bangi
010-502 8321 (for booking)
https://maps.app.goo.gl/KsigpgoqmYUF2pp2A