Posting kali ni memang NM nak bercerita tentang restoran yang dah lama bertapak di Bandar Baru Bangi sejak NM masih di bangku sekolah lagi sejak 15 tahun lepas. Walaupun kedai-kedai lain sekitar telah bertukar-tukar, resotran ini masih kukuh berdiri malah telah berlaku beberapa kali renovasi sepanjang mereka beroperasi. Restoran ini dinamakan Restoram Beriyani Anje yang bertempat di Bandar Baru Bangi Sekysen 15 Bangi Gateway.
Nama comel je anje…
Di restoran ni mereka menyediakan masakan Nasi Briyani gam yang sedap giler. Ada papadom dan acar sayur bersama sajian tersebut. Selain dari tu, ia juga dah tambah menu baru iaitu Mee Bandung Muar, Soto, laksa johor dan mee rebus.
Sebelum ni konsep dia penuh dengan bendera dan logo JDT. Tapi sekarang dah tak nampak pula.
Untuk nasi briyani, ia mempunyai lauk ayam briyani, ayam merah, ayam goreng, ayam kampung goreng, daging dan kambing. Hafal pulak tu menu masing-masing.
Kalau dulu harga nya boleh dapat bawah RM10, sekarang dah tak boleh lagi dah. Payah dah nak sustain kalau kekal harga lama dikala inflasi dan barang mentah yang kian meningkat mahal.
Pun begitu bagi NM, ia agak berbaloi. Sebab rasa dia masih kekal haoliao. Cuma nasi briyani ni kalau makan hari-hari boleh muntah hijau. Sekali sekala boleh rasa kepada mana-mana yang tetiba tekak memanggil nak santap nasi beriyani

Lokasi parking dia ada masa mudah, ada masa agak payah. Perlu parking jauh jika waktu padat. Jalan sikit boleh exercise bagi bakar kalori sikit dah makan sedap.
Kalau anda nak ke sana boleh refer detail di bawah :
Restoran Anje Beriani Cafe
017-559 7060
https://maps.app.goo.gl/Wts6zMnCA6dPWK1t9
Boleh singgah untuk makan tengah hari di sana. Sangat recommended. Rasa malam tak buka NM pun tak pasti sebab sebelum ni tak buka. Mungkin dah berubah masa operasi. Yang pasti lunch konfem ada.