Menjejak kaki ke Singapura setelah sekian lama

Dah ada passport? Teringin nak melancong ke Singapore? Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu.

Untuk ke Singapore pada masa sekarang memerlukan anda mendaftar terlebih dahulu di website https://eservices.ica.gov.sg/sgarrivalcard/.

Ia merupakan langkah wajib yang dilakukan lebih lagi jika anda bukan kerakyatan dari sana. Nak register/apply nya agak mudah. Yang penting segala butiran yang diminta adalah betul. Semak dulu sebelum hantar dan print dalam bentuk hardcopy. Benda ni seringkali akan diminta termasuk di Hotel sekiranya anda berniat menginap selain dari di Kastam Tambak.

Kalau tak ada, anda berkemungkinan diarahkan untuk berpatah balik.

Selain itu, perkara wajib adalah untuk menunjukkan anda telah divaksin melalui mysejahtera. Anda akan diminta untuk memaparkan bukti pengvaksinan anda di kastam Singapore. Tak dapat buat macam biasalah, kena patah balik.

Jadi perkara penting untuk anda ada sebelum masuk

1. Arrival card melalui website di atas

2. Aplikasi Mysejahtera (fully vaccine)

3. Passport sah tempoh

Tapi kalau anda nak bawa kenderaan sendiri lain pula ceritanya. Anda perlu daftar dan dapatkan autopass terlebih dahulu. Ni NM kurang mahir jadi NM tak mampu nak berkongsi. maaf ya. Mungkin boleh refer https://onemotoring.lta.gov.sg/content/onemotoring/home/buying/upfront-vehicle-costs/import-a-vehicle.html untuk tindakan lanjut.

Kisah NM selama 4 hari di Temasek

Pada hari pertama NM tak sempat pun nak berbuat apa-apa, hanya singgah sekejap ke rumah Nenek NM dan kemudian pulang ke hotel. Waktu tu dah agak malam. Jadi NM gunakan perkhidmatan teksi.

Hotel NM terletak di Geylang Serai. Situ memang famous dengan kawasan orang melayu. Jadi tak berapa janggal dan rasa lebih selamat. NM ambil hotel bajet 81. Kalau nak ikutkan hotel bajet 81 ni lebih kurang Hotel OYO kalau di Malaysia.

Cuma jangan tersilap pilih, hotel 81 yang NM recommended adalah di Hotel 81 Tristar. Sebab ia betul-betul berhadapan dengan Pasar Geylang. Kat situlah terdapatnya infamous Kacang Phoul.

Kedai kacang phoul.

Cuma bagi NM, tak berapa kena dengan selera tekak NM. Tapi ramai yang sangat-sangat gemarkannya. Masing-masing punya taste.

Ni ghupa kacang pool singapore geylang

NM lebih gilakan sup tulang merah Singapore. Setakat ni NM suka dengan sup tulang merah dari Kedai Haji Kadir Lavender Street. Setakat ni ia paling hampir dengan rasa masa awal-awal NM cuba dulu.

Kuah dia memang mengiurkan. Pun begitu NM pasti bukan semua akan menggemarkannya seperti mana NM tak berapa masuk dengan rasa kacang pool.

Kat sana NM bershopping di Bugis Market. Tapi masa tu banyak kedai sedang renovation. Tak banyak kedai dibuka. Kat situ NM beli cenderahati untuk bawa pulang kepada kenalan NM. Cuma kalau nak lagi best, pergi riki ke Jalan Sultan. Situ pun heaven untuk para shopper. Jangan dilupa, setiap satu 3x ganda harganya ya.

Pergerakan di sana

Dulu kenderaan persendirian seperti kereta tak banyak. Sekarang dah makin padat. Penduduk di sana lebih prefer menggunakan kenderaan awam berbanding kenderaan sendiri.

Kat sana kemudahan awamnya boleh dikatakan agak baik. MRTnya pun setiap 10minit pasti tiba.

Oh ya kalau kat sana nak guna kenderaan awam seperti MRT atau Bas boleh menggunakan Kad Ez Link. Ia boleh didapati di stesen MRT berhampiran di kaunter.

Nak guna cash pun boleh, cuma NM rasa lebih mudah guna kad ezlink tu.

Kad ezlink

Satu kad ni harga sgd10, dalam kad ada sgd5 siap-siap. Caj MRT pun tak berapa mahal. Kira kalau sgd5 tu dah boleh langkau hingga 15 stesen.

Anda juga boleh memilih kaedah yang lebih mahal dengan mengambil taxi. Ini perlu poket tebal. Satu perjalanan boleh cecah rm100. Cuma ia lebih mudah dan pantas. Pilihlah dengan bijak.

Keluar dari Temasek

Ada banyak juga option untuk keluar dari singapore. Antaranya melalui kenderaan awam. Anda perlu ke Queen Street Bus Station.

Kat situ anda boleh pilih nak naik bas express ataupun taxi Johor-singapore. Kalau naik bas express dalam 2.20Sgd. tapi kalau naik taxi, 15sgd satu kepala atau 60sgd satu kereta.

Ada cara lain juga macam naik kapal terbang atau bas express direct ke BTS. Itu kalau NM nak sentuh semua panjang cerita ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.