Dalam dua minggu lepas aiskrim keluaran Nestle berperisa Cappuccino telah viral di media sosial. Pada mulanya NM macam endah tak endah.
Cuma hari ni baru berpeluang lihat dunia dan terserempak pula dengan aiskrim viral ni. Itu pun dah tinggal 2 pcs. Kira rezeki NM la tu nak merasa.

Jadi yang belum tahu ini lah ghupa aiskrim cappuccino tu.
Dalam gambar tu NM dah ngap sikit dah pun tak tahan punya pasal dengan bentuk bujur comel dia tu.
Luaran dia coating dengan rasa kopi. Ini bukan jenis kopi biasa ya tuan puan. Tapi ni NM pasti adalah dari Kopi Brand Nescafe Gold. Lebih mahal sikit berbanding nescafe biasa. Rasa dia pun ada lebih umph sikit. So kalau orang kedai konfem tak pakai kopi jenis ni. Cukup lah menikmati di rumah sahaja.
So berbalik pada tadi, bagi peminat kopi cappuccino, NM pasti ia akan kena dengan citarasa anda. Coating kopi dia tak keras ya, lembut amat.
Nak dapatkan boleh di pasaran dah, cuma NM jarang beno jumpa. Nampak sangat dah kurang sosial. Harga pasaran adalah RM 4.50 sahaja. Rasa sekali sekala boleh lah. Lagipun memang kena dengan kualiti rasa dan bahan bahan dia tu. Bukan aiskrim biasa.