Sebelum ini NM pernah bercerita tentang bagaimana nak membuat temu janji secara online dengan Jabatan Imigiresen Malaysia bagi sebarang urusan berkaitan termasuk pembaharuan lanjutan visa sosial di Buat visa di imigresen perlu temujanji secara online. Untuk kali ini pula, NM akan berkongsi pengalaman memohon visa lanjutan spouse dan kebenaran bekerja sewaktu musim PKP.
Dokumen Diperlukan (Memohon visa lanjutan spouse dan kebenaran bekerja)
Dokumen yang diperlukan adalah sama seperti kebiasaan. Yang beza cuma anda WAJIB BAWA SALINAN (STO) ONLINE. Dan untuk info anda, anda sebenarnya boleh memohon lanjutan visa spouse dan dalam masa sama turut boleh mohon untuk lanjutan kebenaran bekerja. Segala info yang diperlukan NM ada kongsi dalam posting lepas di Mendapatkan kebenaran bekerja bagi pemegang social pass lanjutan (spouse).
Bagi mereka yang telah tamat tempoh / expired date tempoh sah dokumen perjalanan, anda akan perlu isi satu borang khas di kaunter Jabatan Imigiresen tersebut. Maklumkan pada pegawai yang ditugaskan.
Ruang menunggu pemohon di Shah Alam
Untuk proses di Shah Alam, jika anda telah pasti dokumen yang di bawa telah lengkap seperti yang di minta, anda terus ke bahagian “PERHIMPUNAN”. Ia terletak di bahagian hujung bangunan jauh dari surau. Tingkat 2 Kompleks PKNS Shah Alam.

Di situ akan ada pegawai yang akan ambil suhu dan data kemasukan bagi tujuan SOP COVID 19. Terus ke kaunter pengesahan dokumen. Di situlah anda perlu isi borang tambahan jika dokumen perjalanan anda telah luput / expired.
Kalau tidak ada sebarang masalah, suami/isteri warganegara perlu ke kaunter asal bagi tujuan dan mengambil nombor untuk dipanggil oleh kaunter di situ. Pemohon tidak dibenarkan untuk bersama hadir bersama, hanya 1 orang sahaja yang dibenarkan untuk berurusan. Sekali lagi dokumen yang di bawa akan disemak selepas nombor diambil.

Tunggu sehingga nama anda dipanggil untuk membuat bayaran. Kalau rasa terlalu lama menunggu, SILA TANYA PEGAWAI. NM consider 1 jam cukup lama untuk anda boleh terus ke kaunter 9 atau 10 untuk membuat pertanyaan. Kalau tak, takut anda berdiri kat sana lebih 2 jam. Boleh patah pinggang.
Selesai sahaja pembayaran, anda akan dapat satu helai slip pembayaran. Pastikan segala maklumat semua betul. Bawa slip pembayaran itu ke tempat awal-awal tadi di mana pemohon dikehendaki menunggu di situ.
Tunggu nama anda di panggil, dari pengamatan NM, setiap 30 minit pegawai akan bawa gugusan passport untuk diserahkan kepada pemilik di tempat perhimpunan tersebut. Nama akan dipanggil satu persatu.
Dah dapat, sekali lagi semak segala butiran dalam passport tersebut betul.
Untuk NM, proses mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam. Bawalah PSVita atau Nintendo Switch bagi menghilangkan rasa bosan. Semoga dapat membantu!
[…] NM juga telah berjaya membuat urusan imigresen baru-baru ini. Anda boleh refer di artikel NM di https://nenasmadu.com/2021/01/12/memohon-visa-lanjutan-spouse-dan-kebenaran-bekerja-ketika-musim-pkp… […]
LikeLike
[…] Artiket terdahulu : memohon visa lanjutan spouse dan kebenaran bekerja ketika musim pkp mco pkpb di jabatan imigresen sh… […]
LikeLike