Untuk kali ini, NM akan kongsi pula cara untuk daftar KWSP bagi mereka yang bukan warganegara.
Sebelum ini NM ada kongsi tentang cara nak kekalkan caruman 11%.

Untuk mendaftar agak mudah tetapi memerlukan calon yang nak daftar ke cawangan kwsp yang di inginkan. NM telah pergi ke cawangan Nilai, tak padat dan staf sangat helpful.
Keadaan yang tidak sesak ini disebabkan oleh semua yang hadir dalam tempoh pkp ini ke semua cawangan KWSP perlu melakukan temujanji online di laman rasmi janji temu kwsp.
- Perlu borang 16B ( buat 2 salinan). Borang boleh didapati secara online di Borang 16B (warga asing domistik).
- Perlu dapatkan juga borang daftar ahli di Borang 3 atau kaunter kwsp berhampiran.
- Isi semua butiran di dalam borang, cuma jangan cop jari dahulu di ruang bahagian bawah kanan borang. Sebab anda perlu cop di hadapan pegawai. Penting.
- Anda juga perlu bawa passport asli dan juga perlu buat salinan di bahagian depan passport dan juga di bahagian visa.
- Serahkan borang tersebut berserta dokumen kepada kaunter selepas nombor anda dipanggil.biometrik cop di kaunter kanan kiri. TAC mobil.
- Nanti pegawai kwsp akan biometrik cap ibu jari kanan dan kiri anda.
- Ada satu part TAC akan dihantar ke fon yang anda isi pada borang. Beri pada pegawai terbabit.
- Dapatkan salinan rasmi dari pegawai tersebut, dan satu salinan 16B perlu diberi pada majikan anda.
- Selepas urusan kaunter selesai, anda boleh ke kaunter daftar disediakan(ada komputer khas untuk kegunaan pelanggan).di situ boleh untuk daftar ilestari. masukkan id dan password utk register. Lagi sekali anda akan diminta TAC untuk pengesahan. Jika anda rasa ragu ragu tak, boleh minta bantuan staf di situ (mereka sangat helpful)
Selesai Voila. kalau nak refer untuk masa akan datang, boleh download aplikasi ilestari.
