Mathurat punyai pelbagai kelebihan apabila diamalkan secara konsisten setiap pagi selepas subuh dan selepas asar. Antaranya adalah ketenangan hati, dijauhkan mudarat yang membinasakan, terhindar dari syirik, dan dijauhkan dari bisikan syaitan.
Mathurat juga terbahagi kepada dua bahagian, iaitu yang panjang dan juga yang ringkas.
Walaupun anda sudah hafal mathurat, tetapi disarankan untuk membaca dengan melihat maknanya sekali samada di telefon ataupun buku supaya kita dapat menghayati tiap bait ayat dan doa yang terkandung di dalam mathurat tersebut.
Dapatkan Ready Stock 5 Surah Pilihan & Al-Ma’thurat Ustazah Asma Harun Original RM23.80:
| Lazada : 5 Surah Mathurat Pilihan by Ustazah Asma’ Harun | Shopee : https://shp.ee/8tzfdy3 |
VIDEO BACAAN MATHURAT RINGKAS BY NENASMADU
Di sini NM akan kongsikan screenshot dari jilid jilid Mathurat yang diperakui oleh JAKIM khas untuk bahagian mathutat yang ringkas dengan terjemahannya. Sama sama kita perhatikan.
https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});







Surah Al ikhlas 3x
Surah Al Falaq 3x
Surah Annas 3x














Zaman sekarang mudah sungguh nak dapat ilmu dan boleh terus amalkan. Cuma hati hati, pastikan ilmu tu sohih. Mudah mudahan posting kali ini tentang mathurat dapat dijadikan panduan buat mereka yang ingin beramal tetapi tidak punyai masa. Curi la sikit untuk bekalan akhirat.
Setiap waktu dan kesempatan yang ada digunakan dengan sebaiknya
Di dalam mathurat ini, doa dan zikir sangatlah mendalam dan merupakan keperluan untuk harian kita.
Zikir dimana kita memanjat kesyukuran dengan pemberian kesihatan, perlindungan dan nikmat dunia dan akhirat. Dan juga doa di mana kita memohon Allah melindungi kita daripada perasaan sedih dan duka, berlindung daripada sifat lemah dan malas, berlindung daripada sifat pengecut dan kedekut serta berlindung daripada bebanan hutang dan penindasan orang. Doa ini NM pernah juga belajar sewaktu tingkatan 4 dalam Pendidikan Quran Sunnah oleh Ustazah Asma’ di SMKA Tok Jiring Kuala Terengganu. Hai Ustazah! NM kat sini.
Adakalanya kita mungkin tertanya tanya mengapa doa kita ni lambat makbul ataupun tak makbul. Bagi NM, janji Allah itu pasti, siapa yang minta dengan Dia dengan bersungguh, pasti akan dapat (usaha jangan tak buat pulakkkk)
Doa yang paling mustajab bagi NM adalah doa untuk kepentingan orang lain. Bermakna bukan untuk diri sendir, malah untuk orang sekeliling tak kisahlah suami atau isteri, ibu atau bapa, adik beradik, sedara mara, jiran dan seluruh ummat manusia. NM percaya, kebiasaannya doa seperti itu sangat mudah untuk dikabulkan kerana disaat itu ketahuilah hati anda sangat suci dan tulus. Yelah, tak pernah orang yang punyai penyakit hati doa akan kebaikan untuk orang lain dengan ikhlas, kalau doa yang buruk buruk tu pula mohon dijauhkan. Nauzubillah.
Tips doa, yakin, jelas dan bersungguh sungguh. InsyaAllah Allah pasti dengar kepada Hamba yang dicintaiNya.
Semoga bermanfaat dan semoga kita sama-sama istiqamah sebagai hambaNya yang penuh iman dan taqwa. Semoga dihindari dari segala kesesatan. InsyaAllah.
Good info
LikeLiked by 1 person
Terbaik sahabat, terima kasih, saya akan mula amalkan dan saya ambil pelajaran al mathurat ni dari sahabat, mohon redha terima kasih sahabat
LikeLike
Semoga dipermudah urusan tuan. Alhamdulillah. Terima kasih
LikeLike